Subscribe Us

Wednesday 23 December 2015

Salam Maulidurrasul

Salam semua.

Esok kita akan menyambut Maulud Nabi. Moga diri kita akan sentiasa mencintai Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Moga diri kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat syafaat Nabi di akhirat kelak. Semoga diri kita sentiasa mencontohi keperibadian Baginda Nabi Muhammad S.A.W. 


Ya Rasulullah. Kami merindui mu.


Sunday 6 December 2015

Penat

Penat,
Penat sangat ,
Nak layan kerenah orang yang tk faham bahasa ni.

Ada dua orang yg aku dah bosan and penat dah nak layan.
Dua orang ni lagi tua dari aku,
Tapi perangai korang dua ni tak tahu la nak cakap.

Ada sorang staf kat office ni suka sangat nak carik pasal dengan aku. Nampak sangat saja carik pasal. Benda kecik je pun. Ade ke dia marah aku depan2 orang. Staff lain semua tgk. Dh la die tu bukan bos. Kuli sama macam aku jgk. Kepoh je nak marah2 org. Die bukan bagus sangat pun. Bila die marah aku tu, aku buat muka "bodoh" je. Tapi dalam hati bapak menyumpah. Malu kot. Semua org tengok. Rasa nak cili je mulut mak cik tu. Nasib aku orang baru. Aku g toilet nangis la sorang. Apa boleh buat. Hrmm.

Ada sorang ni pulak, keep on messaging me. Aku baca tp tk reply. Then dia call la email la. Ni sorang lagi tak faham bahasa. Amende tah. Bosan aku. Sikit je lagi nak meletup, tp aku pikir die ni lagi tua dari aku. Kalau tak mmg aku bg se das dah. Sama la dgn org atas tu. Aku pikir die ni lagi tua dr aku, and senior kt tmpt kerja. 

Aku stress sorang2 ni, last2 aku jugak yg penat. Penat dah nak layan org mcm ni.. 

Grr.



Tuesday 24 November 2015

Kos Sara Diri

Hari ni serious sedih. Baru nak sedih kan. Yela bile tengok website KTM Komuter, check new fare for KTM Komuter. Ya Ampunnn. Banyak giler naik weh. Sebelum ni spend dlm 100 lebih, skrg dh jadi 200 lebih. Bapak mahal giler. Amende tah.

Serious aku tak paham. Kalau increase fare tu is equal to korang nye service, boleh la faham. Ni dah la slow, tersekat2, suka2 hati nak masalah operasi ape la. Dah la kos hidup makin mahal. Semua benda mahal kat Malaysia ni. Gaji pon tahap tu je. Tak de naik2 pun.

Sumpah sedih skrg ni. Kos hidup naik tak setara dengan pendapatan rakyat. Kalau service mahal2 mcm ni, ade ke perubahan dkt KTM tu. Bosan dah aku dengan semua ni. Kalau duit kami ni di gunakan untuk kebajikan rakyat takpela. kalau digunakan utk sebaliknya, maka aku tk redha. pandai2 la nnt kt sana.

Emosi.

Tuesday 10 November 2015

Krabi With Family

Assalamualaikum semua.

Harini I nak share sikit pengalaman holiday dengan family. Sebenarnya lama dah pergi Krabi ni. Takde mase nak bercerita. So disebabkan agak dah lama juga, so ingat2 lupa la juga cerita kat Krabi ni. Hehe

My family and I choose Air Asia until perjalanan pergi dan balik ke Krabi. Masa pergi tu, flight kami pukul 7 pagi. Pukul 5 pagi dah bertapak dekat KLIA2 okay. Mengantuk ya ampun. Haha. Yela I mana la biasa nak bangun awal pagi semata nak holiday. Nasib tau nak pergi Krabi. Wiwiwi. 

Cotton Candy. A must photo I guess kalau duduk tepi tingkap :D


Kami pergi 4 hari 3 malam. Di Krabi kami memilih untuk tinggal di  Sunda Resort. Korang boleh try search Sunda Resort ni. Mana la tahu berkenan di hati. Bilik kat sini boleh la tahan cantik  and pekerja pun ramai Muslim. Kalau Azan pon boleh dengar jugak sampai ke resort. 

Contoh bilik iolls tidur. 
Kolam renang yang ni dalam. Iolls takut >.<

Kalau pergi Krabi ni, of course la pantai yang jadi tarikan. Betul tak. Subhanallah. Cantik sangat sangat sangat sangat sangat. Haaaaa. Lawa nye ya ampun. Betul2 tenang je tengok air laut yang biru. Yang tak tenang nye, 'sotong' bertebaran. Hihi. 

Kami ambil pakej Phranang Cave, Chicken Island, Tup Island and Poda Island. Semua pun cantik. Chicken Island paling cantik kot sebab boleh snorkelling and tengok ikan. Lawanyaaaa. 3D sangat. Tapi ada orang cakap Phi Phi Island lagi cantik. Takpe la. Next time boleh pergi lagi (kalau ada duit :P)

Jom la layan sekeping dua gambar2 tanpa caption sepanjang di Krabi.













Okay. Cukup la tu. Gambar yang lain simpan jadi rahsia. hehe. Okay rindu pulak nak travel lagi tapi kewangan belum mencukupi. Bila la nak kaya ni ek. Seronok tengok orang ade rezeki lebih travel sana sini. Insyaallah ada rezeki, moga2 dapat la jalan2 lagi melawat tempat org. Bye..

Monday 26 October 2015

Tenaga Pengajar Muda UiTM

Assalamualaikum semua.

Siapa kat sini bercita-cita nak jadi lecturer? Alhamdulillah, insyaallah UiTM akan membuka permohonan TPM iaitu Tenaga Pengajar Muda pada November ini. Sesiapa yang berminat dan mempunyai passion dalam bidang pendidikan bolehlah memohon TPM ni. Mana la tahu rezeki korang kan. Iklan TPM adalah seperti dibawah :



Untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarat2 permohonan TPM, korang boleh lah refer kepada Biasiswa.Info . Kat sini korang boleh tahu syarat2 untuk memohon TPM. Tetapi bidang yang ditawarkan untuk TPM ni tak pasti pula. Untuk TPM 2015 ada disertakan sekali bidang2 yang ditawarkan untuk TPM ni. Untuk tahun 2016 tak pasti pulak.

Apa2 pun, jangan lupa beli no pin di BSN dan mohon pada 2 November hingga 16 November. Permohonan boleh di buat di http://onlineapps.uitm.edu.my/etpm/ . 


Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

Tuesday 29 September 2015

Pelihara Auratmu


Assalamualaikum.


Lately, sering terbaca di media sosial perihal aurat. Ramai yang cakap, tak pakai tudung tak semestinya tak baik. Pakai tudung pun tak semestinya baik. I agree with that. Tetapi bukan kah menutup aurat itu perkara wajib suruhan Allah.



Surah An-Nur ayat 31 :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sebenarnya, konsep menutup aurat itu pun kita masih tak faham lagi. Saya sendiri pun dah 20 tahun plus2 pun masih lagi tak faham konsep aurat. Aurat is not about tudung only. It's more than that. Terfikir sejenak, kenapa kalau sembahyang, perempuan kene tutup semuanya kecuali yang di izinkan muka dan tapak tangan. Katanya aurat. Kalau macam tu, kenapa lepas habis solat boleh pakai baju singkat, seluar ketat dan tudung yang jarang. Adakah aurat perempuan ketika solat dan selepas solat itu berbeza? Itu la persoalan yang bermain di minda. Maka jelas lah bahawa aurat is not about tudung only. Jadi fahamilah konsep aurat itu sendiri kerana sesungguhnya, tidak lah Allah memerintahkan sesuatu itu tanpa ada sebab musabab nya.


Konsep Menutup Aurat
Credit : Google Image


Pernah saya terbaca di laman sosial. seorang lelaki berkata, seorang perempuan, apabila mereka tahu bagaimana pandangan lelaki terhadap mereka, maka mereka pasti akan takut sehingga tidak sanggup untuk keluar rumah. Macam betul je kan. sebab pernah terbaca sorang lelaki ni, die komen di satu gambar artis wanita ini. Artis ini berpakaian agak tidak sopan. Lelaki ini komen tentang bentuk badan dia. sebagai seorang perempuan, saya malu apabila ada orang yang berkata tentang diri kita. Malah komen di media sosial boleh di baca oleh umum. Sampaikan ada perempuan yang menegur, mengatakan mereka sendiri tak perasan tentang apa yang dibicarakan oleh lelaki tersebut, dan hanya menyedari setelah membaca komen sedemikian. 

Maka terbukti lah, menutup aurat itu wajib. Banyak hikmahnya seperti memelihara diri kita dari pandangan2 jahat oleh orang yang tak sepatutnya sekaligus menjauhkan diri kita dari fitnah. Dan sesungguhnya, pelihara lah aurat kita kerana kita sayangkan Ayah, Abang dan Adik lelaki kita. 


Jom semak apa lagi kesalahan kita. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya semoga tidak lalai.
Credit : Google Image

Manusia, mana mungkin lari dari membuat kesilapan. Yang maksum itu hanyalah kekasih Allah. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri, untuk menjadi makhluk Allah dan umat Muhammad yang diredhai. Insyaallah, sama2 perbaiki diri terutama nya diriku ini hamba yang hina lagi yang banyak berdosa. Nak ber fesyen itu tidak salah. Perempuan kan. Saya pun suka fesyen. Namun harus lah menitik berat kan konsep Islam itu sendiri. Dena Bahrin sebagai contoh. Nampak manis saja menutup aurat namun masih mampu lagi berfesyen.


Insyallah, moga dilimpahi hidayah dan rahmat kasih sayang Allah kepada kita.
Assalamualaikum semua. :)

JOM TUTUP AURAT! :)



Wednesday 22 July 2015

Umrah Ramadhan 2015

Bismillahirrahmanirrahim

First of all, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat islam di dunia ini. Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, kita di beri peluang untuk menyambut hari raya pula.

Bagi saya, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan paling bermakna dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya diberi peluang, telah dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. Bagi saya ini lah hadiah terbaik dalam hidup saya sepanjang saya hidup di dunia ini.

Saya memilih Andalusia Travel and Tours sebagai agent untuk menunaikan ibadah umrah. Ini merupakan umrah pertama saya dan dengan reputasi Andalusia yang agak baik, saya memberi kepercayaan untuk membantu saya sepanjang ibadah umrah ini. Dieorg ada provide 3 kelas preparation untuk menunaikan umrah. Tapi dengan kesibukan urusan saya, saya hanya sempat datang satu kelas saja. Tapi satu kelas pun, masih la dapat sedikit input dan bayangan macam mana umrah nanti. Dan Andalusia juga ada bagi buku panduan ni untuk kita baca di waktu lapang. 




Akhirnya, pada tengah2 bulan Ramadhan saya dan keluarga berangkat ke Tanah Suci. Perasaan masa itu sangat teruja. Iyela selalu fikir bile la nak nak ke Mekah ni. Duit takde pun sebenarnya. But thanks to my parent and sister yang support, dapat juga saya menjejakkan kaki ke Mekah.

Sampai di Mekah dah malam waktu. Around 12 pagi. OTW nak ke Hotel, kami lalu Masjidil Haram. Subhanallah, tak tahu nak describe perasaan tu. Menitis air mata. Sayu rasa. Rasa macam tak percaya Allah izin saya menjejakkan kaki ke sini. Teruja gembira dan bermacam perasaan hadir. Esok pagi nya, saya menunaikan umrah wajib. Pertama kali melihat Kaabah, saya merasa kagum. Selalu tengok dalam TV or gambar. Harini dapat tengok sendiri depan mata. Saya menunaikan umrah wajib dan umrah pertama saya bersama kumpulan jemaah saya dan diiringi mutawwif yang mengetuai jemaah kami. Tapi sebab ramai ya ampun, terpisah juga dengan kumpulan jemaah saya. Buat la sendiri cite die. huhu. Dah la first time. Mula2 confius jugak sampai ulang buat tawaf lagi sekali sebab tak yakin. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan lancar lepas tu. Masa buat tawaf tu macam2 la nak doakan. nak mintak itu ini.  teremosi sekejap huhu. Menangis2 sambil tawaf tu. 


Gambar Kaabah diambil selepas tamat umrah. Subhanallah. Syukur Ya Allah

Selesai saja tawaf, saya terus buat Saie.  Antara Safa dan Marwah dan kt tengah2 jalan tu ada la Air Zam Zam. Sabar jela kan bulan Ramadhan kan. Haha. My friend once told me, die dulu pergi bukan bulan Ramadhan. Asyik2 berhenti rehat minum air zam zam. Tapi bulan Ramadhan ni tak dapat la minum kan.  Antara Safa dan Marwah agak jauh tapi sejuk je. So tak la rasa penat dan sebagainya. 



Antara Safa dan Marwah :) 
Selesai umrah pertama dan umrah wajib saya. Malam tu saya ke Masjidil Haram untuk merasai suasana berbuka puasa di sana. Alhamdulillah dapat makan kurma, roti dan zam zam. Kenyang je sebenarnya. Lepas je Maghrib saya pulang ke hotel untuk makan buka puasa yang berat sikit dan pergi ke Masjidil Haram semula untuk Isyak dan Tarawikh. Kalau datang lambat nak dekat2 azan tu cite die memang tak boleh masuk dalam masjid. Either sembahyang kt luar or kat bahagian atas yang open. Sebab memang ramai orang. Sometimes, lepas Asar tu dieorg dh iktikaf dekat masjid. So memang full house. Tarawikh kt sana 20 rakaat + 3 witir. First time sembahyang tarawikh di bumi Barakah. Bacaan imam subhanallah sedap sangat. Tak terasa lama. Seronok sebenarnya. 


Masjidil Haram selepas Tarawikh :)



Hari2 seterusnya, kami ada ziarah di sekitar Kota Mekah. Antara nya ke Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzium dan Gua Hira'. Semestinya setiap tempat yang kami lawati mempunyai sejarah yang tersendiri.  Dan yang paling meninggalkan kesan ialah pendakian ke Gua Hira'. Hehe. Sebab tinggi sangat. Subhanaallah. Tak larat nak mendaki sebenarnya. Tapi saya kuatkan semangat. Syukur Alhamdulillah. Masa saya ke Gua Hira' tidak la terlalu ramai orang di sana. Dapat la saya solat sunat di sana tanpa perlu berebut. Syukur. 

Arafah - Jabal Rahmah. Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama. Semoga dipermudahkan  urusan jodoh saya. Amin :)

Disini la tempat Nabi Muhammad SAW menyendiri dan menerima wahyu dari Allah  SWT. 


Pemandangan Gua Hira' pada waktu malam. Subhanallah.


Beberapa hari di bumi Mekah, its time for us to say goodbye. Sewaktu melakukan tawaf wada', menitis air mata saya. Moga2 ini bukan lah ziarah terakhir saya. Sungguh, belum lagi balik. Tapi saya dah rasa rindu. Ikut kan hati taknak balik. Sapa yang pernah ke sini mesti tahu macam mana perasaaan nak say goodbye :(

Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
Selepas itu kami ke bumi Madinah pula. Alhamdulillah teruja rasa nya nak menziarahi Nabi Muhammad SAW. Saya teringin sangat nak ke Raudhah. Taman2 syurga. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami. Tidak terlalu berebut sebab group "Melayu" ialah antara group2 terakhir. :) Beberapa hari selepas tu, saya sekali lagi ke Raudhah. Selepas solat Asar. Raudhah hanya dibuka kepada kaum wanita selepas subuh, asar dan isyak kalau tak silap saya. Lepas je solat Asar, saya terus cari group Melayu ni. Hehe. Agak cepat juga saya dapat masuk Raudhah tapi ya ampun. Berebut, kene tolak, kene penyek, kene jerit dah macam ape dah. Nak sembahyang pun rasa macam tk boleh sembahyang dah. Ramai sangat org. Nasib baik la bukan first time dtg Raudhah. Kalau tak sedih la tak dapat nak solat kan.

Alhamdulillah, inilah sedikit sebanyak pengalaman saya di bumi barakah ini. Cuaca kat sana agak panas. Tapi panas2 pun, masih boleh bearable. Panas2 pun, berpusu2 umat Islam seluruh dunia nak beribadah kepada Allah. Panas2 pun, sedikit pun tidak menjejaskan niat semua untuk mencari keredhaan Allah. Iyalah, peluang yang jarang2 kita dapat. 

Di sana macam2 perangai manusia saya jumpa. Kelakar pun ada, geram pun ada. Mane tak nye, tengah solat selambe je dieorang ni tolak2 kite, lalu depan kite sampai bergerak2 la kite ni. Sabau jela kan. Kelakar pon ade sebab macam2 perangai dioerg ni. Tengah sembahyang pun boleh la susun kasut la, pujuk anak la. Haha. Kelakar. 

Alhamdulillah group jemaah umrah sangat best. Dieorang sangat sporting. We're like a family dah. Mutawwif juga  seorang yg sangat baik, sentiasa membantu kami. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua orang. May Allah bless each and everyone of you. Insyaallah.

Maka, berakhirlah sudah umrah Ramadhan dan Ziarah ke Madinah saya. Satu pengalaman yang sangat berharga. Semoga Allah menerima ibadah kami, moga Rasullullah terima kehadiran kami, moga Allah merahmati kami dan moga2 kami di jemput lagi menjadi tetamu Allah dan Rasullullah di masa akan datang.

Sekian, Assalamualaikum semua. May Allah bless all of you. :)




Sunday 28 June 2015

Lambaian Kaabah







Insyaallah, dalam masa beberapa hari lagi, saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Syukur, syukur, syukur Ya Allah. Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya ini.





Dulu sentiasa terfikir bila la dapat menjejakkan kaki ke Mekah. Yelah duit takde kan. Tapi sebenarnya, bukan masalah duit tetapi belum masa nya lagi untuk ke Mekah. Bile dah tiba masanya, insyaallah Allah akan jemput kita menjadi tetamu-Nya.

Saya sangat teruja sebab inilah pertama kali bakal menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barakah. Banyak yang nak didoakan di sana nanti. Harap2 semua nya berjalan lancar. 

Saya memohon kepada semua doakan semoga urusan ibadah umrah kami sekeluarga berjalan lancar di sana. Doakan ibadah kami diterima oleh Allah. Semoga di ampunkan dosa dosa dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. 



لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

I am present, O Allah, I am present, there is no partner unto You. I am present. Definitely praise and glory is yours (for You). The Kingdom is also Yours. There is no partner for You

Saturday 20 June 2015

Kes Tipu : Buka Baucer & Menang

Assalamualaikum semua. 

Sekarang ni banyak betul kes tipu. Mintak kerja kene tipu dengan company scam, jalan2 kat shopping mall pun nak kene tipu. Kadang2 tak paham. Kenapa la nak menipu ni. Sakit pulak hati kita. Aku ingat benda ni dah tak ade dah. Tak sangka ada pulak. Yang buat kerja ni pulak budak2 muda. Kudrat kau tu sayang tau kalau tak guna untuk kerja yang betul. Memang kau ni hijau betul la!


Semalam aku pergi midvalley. Mase on the way balik lalu dekat escalator nak ke train tu aku di tahan oleh dua orang budak lelaki cina. Panggil aku akak. Eleh, aku muda kot dari kau. :p Dieorg dua ketul ni pujuk aku buka kertas kupon dieorg. Tengok ade apa kat dalam. Die kata kalau tulis Thank You akak boleh pergi. Masa ni otak aku mula berfungsi. Haha. Sebab aku pernah baca kes macam ni kat facebook tak silap. Die siap tunjuk bukti lagi contoh kertas yang ada Thank You. Dalam hati aku padahal cakap " padahal kau print satu je kan"

Aku pun layan kan jela. Die cakap bukak la dulu kakak. Tengok apa ada dalam. Mana tahu menang hadiah. Aku layan kan aje. Aku pun koyak la kertas tu. Jeng jengggg. Aku menang RM990. Lepas tu ade gambar barang elektrik ape ke benda tah. Aku dalam hati, sah penipu ni. Cina dua orang ni mula la seronok. Nak explain kat aku pasal hadiah ni. Aku cakap ambik la saya tak minat. Saya dah lambat ni. Aku pun lari. Die duk panggil2 aku. Aku malas layan. Padan muka kau.

So pesanan aku untuk korang semua, berhati2 la dengan sindiket ni. Dah banyak dah jadi. Serious ramai orang yang dah tertipu sampai dieorg rugi beribu riban. Setiap pelusuk negeri ada. Kalau ade orang cenggini, kau jangan la layan. Macam2 taktik sebenarnya. Ade yang gores dan menang, ade yang koyak dan menang dan sebagainya. Kalau korang google memang banyak. Bile kite dah tertipu nanti susah pulak nak mintak balik duit. Nak kene pergi report polis, tribunal dan sebagainya.

So lepas ni berhati2 la semua nya ye. Aku baca kes ni kt facebook tk silap dah bertahun2 lama nya. Hari ni aku sendiri yang kene. Nasib aku pernah baca kalau tak aku pun tak tahu jadi apa. Aku harap penipu2 yang buat kerja macam ni insaf la. Please la. Kalau tak nak perut kau kembong makan duit haram hasil menipu baik kau berhenti. Kalau tak berhenti jugak, kau memang hijau!

Friday 19 June 2015

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Selepas berbulan lama nya memikirkan nasib diri ini yang masih menanam anggur, akhirnya dah dapat hasil. Haha. Berkat sabar dan doa semua orang mungkin. Manis nya sabar itu, Allah ganjarkan nikmat yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah.

Akhirnya, diri ini telah pun diterima bekerja. Walaupun contract, terima dengan hati terbuka. Yela kalau memilih sangat kan, takut tak dapat apa pulak. Ye dok? My friend said these day mmg susah nak carik jawatan permanent. Ye kot. Nak masuk gomen pulak, erm susah jugak. Takpela. For the time being terima apa sahaja demi mencari pengalaman.

Mase pergi iv haritu, the boss memang sangat friendly. She is Chinese. Baik giler kot. Iv pun sangat sempoi. Boss mmg cakap company ni memang takde stress2. Very flexible. I'm looking forward to start my career at that company.

I believe this is rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. Insyallah jika kita sabar dan percaya kepada Allah, Allah pasti beri apa yang terbaik untuk diri kita. Insyallah, semoga sahabat-sahabat yang lain juga diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t. Insyaallah, Amin.




p/s : Sesiapa yang ada apply biasiswa JPA untuk Program Mahasiswa Cemerlang, bleh check sama ada dapat iv atau tak kat SINI. I checked mine, unfortunately, not selected for iv. Meaning, permohonan tidak berjaya. Haha. Takpela. Belum rezeki nak sambung belajar. Allah knows the best. Good luck everyone. 

Friday 29 May 2015

Ramadhan Is Coming

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak tulis dalam blog ni. Berbelas hari la jugak. Life has been busy lately. Busy kerr? *Tangan kat bahu, mata kat atas*

Btw, kita sekarang pun dah berada di penghujung bulan Mei. So, June is coming. It means, Ramadan is getting nearer. Alhamdulillah. Semoga kita semua di panjangkan umur supaya di beri peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi. Insyaallah 1 Ramadhan jatuh pada 18 Jun 2015 kalau tak silap la. Means, ade la dalam 21 hari lagi.

Jadi menjelang Ramadhan ni kene la buat persiapan diri jugak. Ini peringatan untuk aku juga, takde la nak cakap kat orang pun. Insyaallah mungkin boleh jadi manfaat bersama. Betul tak?


Antara persediaan menghadapi ramadhan.
Credit : Foto Dacha

Bulan Ramadhan ni ialah bulan rahmat yang penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan keistimewaan. Antaranya ialah Malam Lailatul Qadar. Insyaallah, dengan kedatangan bulan Ramadhan nanti, sama2 la kita mengambil kesempatan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Semoga kita terus di beri kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan. Semoga kita semua terus menjadi hamba yang taat pada perintah dan suruhan-Nya. Insyaallah. 

Jumpa Lagi. Assalamualaikum. 

Monday 18 May 2015

Pengalaman Exam IELTS

Assalamualaikum semua.

Haritu aku ade cerita impian aku nak sambung Master kt UK dekat sini . Sebenarnya lama dah aku ambik IELTS exam ni. Sebab nya penting utk dapat kan Unconditional Offer letter and nak carik scholarship. So aku decide nak ambik exam IELTS dekat IDP Subang Jaya. IDP Subang ni dekat dengan INTI College and Taylor's College.

IDP Subang Jaya

Aku ambik sendiri takde kawan. Selambe jela pergi sorang2. Thanks to my brother sanggup hantar aku pergi exam kat IDP Subang tu. Jauh sebenarnya dari rumah aku. Huhu. Thank you abang :)

So aku dapat exam speaking hari Khamis. Exam reading, writing and listening semua hari Sabtu. Masa exam speaking tu debor giler. Yela awak orang kampung, cakap bahasa inggeris pon terabur. Huhu. Tapi demi impian ku, aku gigih kan jugak. Aku harap sangat dapat examiner orang putih. Yela boleh la practice speaking dengan orang putih kan. Tapi dapat Chinese. Okay la. She's so friendly and warm. Aku dapat topic long journey u've experienced. So I talked about my experience went to Thailand for holiday. Okay la die senyum je walaupun aku gelabah sampai tercakap "apa" haha.

Sabtu tu pulak sat for the other 3 components. Alhamdulillah listening dapat betul2 depan speaker. And everything went well. Reading pon dapat articles yang tak la panjang sangat and writing dapat topic yang best jugak la.

So far aku rasa okay la exam IELTS ni. I like it more than MUET. Especially part speaking sebab its a one to one speaking. Kau dengan examiner je. Tak yah rebut2 nak cakap mcm MUET. Aku rasa confident jugak la dengan exam IELTS ni. Harap2 dapat la Band 6.5. It's a minimum requirement utk fly UK.

Hari2 aku doa harap2 dapat la minimum 6.5. itu je aku mintak. Tiba la hari keluar resultnya, berdebor ya ampun. Aku tengok kt media sosial ade yang dah check result kt website. Aku try masukkan info aku tapi tak dapat. Nak nangis rasa. Petang tu dapat la surat dr IDP Subang. Result IELTS aku. Berdebar sangat2 Allah je tau. Aku pon bukak la sampul tu. Ermmmmm

Speaking : 6
Reading : 7
Listening : 6
Writing : 5.5
Overall : Band 6

Ya Allahhh. Menangis aku. Sikit lagi nak dapat Band 6.5. Kurang lagi 0.5. And kurang nya dekat writing. Haihhh. Aku ni dengan exam bahasa Inggeris memang tak pernah la kawan baik. Nampak sangat writing aku teruk. Berkecai impian aku. Aku mampu pandang sayu jela surat tawaran tu. Sedih giler wehh. Ape la nasib. Menangis aku sorang2 dalam bilik. Rasa rugi sangat. Aku tk kisah pon kene spend duit aku sendiri beratus nak ambik exam tu, tapi rasa kesian kat abang aku sanggup ambik half day nak hantar aku pergi exam tu. Rasa mcm loser giler lagi 0.5 weh. kalau witing aku dapat 6 aku rasa dah okay sangat dah.

Aku muhasabah diri. Mungkin belum rezeki aku nak g belajar kat sana. Mungkin Allah tahu belum masa nya lagi aku nak pergi sana. Who knows in future ade rezeki yang lebih baik. Tp tula kalau aku dapat pun, financial pun tak pasti lg. Smpai skrg MARA pun tak bukak permohonan utk PG Dalam dan Luar Negara. 

Ni je status dari awal tahun haritu


Walaupun result IELTS aku dapat band 6 je, itu tak bermakna impian aku terkubur macam tu je. Insyaallah aku akan pastikan impian aku tercapai. Aku akan berusaha perbaiki bahasa inggeris aku, ambik lagi exam tu and sambung belajar kt UK. Insyaallah, kalau bukan skrg mungkin lagi 2 atau 3 tahun lagi. Insyaallah.

Ok itu je entry kali ni. Insyaallah next time mungkin nak share tips IELTS walaupun I ni tk la pandai mana. hehe. Salam semua :)

Wednesday 13 May 2015

Konvokesyen UiTM Ke 82

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah insyaallah, tak lama lagi akan bergraduasi.. Yeayyyy!!!!
Tak sabar nak pakai topi senget tu. Syukur Alhamdulillah.


Kad Jemputan Untuk Ibu Bapa / Penjaga






Alhamdulillah. Ini hadiah untuk mak ayah adik beradik dan semua yang mendoakan saya. 

Terima Kasih. 

Saranghae :)


Saturday 9 May 2015

안녕하세요 Annyonghaseyo : Perjalanan Mencari Oppa :D

Berbulan2 yang lalu Alhamdulillah, ada rezeki nak melawat bumi 'KPOP'. Alhamdulillah. Punya la suka sebab konon konon berangan la dapat jumpa oppa oppa ku. Haa ambek kau. Nak oppa tak dapat, ahjusshi yang kau dapat. Haha

Pape pon trip ke Korea haritu memang awesome. Serious rasa seronok sangat. Walaupon suhu masa tu paling tinggi 19 c. Memang enjoy. Rasa 5 hari spent kat Korea memang tak cukup. Banyak jugak tempat tak sempat nak melawat sebab aku ambik backpack punya style. Guna public transport je. Jom  tengok gambar-gambar kt sane. 



Pemandangan di atas. Masa ni matahari baru nak naik.  Subhanallah

OTW Nak naik bus hijau ;D

The Famous Itaewon Mosque. A must visit place rite. 

Pemandangan Dari Atas Namsan Tower. Serious cantik sangat. I cryyy 

Namsan Tower. Nak datang sini boleh naik bas awam. 

Ehwa Woman's University. Cantik Uni ni. Masa datang Uni dalam pukul 7 malam camtu. Berpusu2 orang. Ada kelas kot time tu. 

The Love Lock. Mengunci cinta kata nye. I single. haha

Mangsa nahas Sewol Tragedy. Tak ingat nama tempat ni, tapi dieorg ada buat macam memorial utk mangsa nahas

Harus la ada iklan oppa kan. wink wink. Hyun Bin Oppa 

Oppa lagi. Walaupon not so Oppa. Haha. EXO Kai & EXO Baekhyun :D


SM Town Store di Myeondong. So EXO-L, ELF, Sones etc wajib datang sini kay.

tak tau nama apa, tapi this food sangat sedap. Nora bagi 5 Bintanggg ! Yeay

Pengawal istana. Ingat nak buat persembahan apa, rupanya pusing2 gitu je. sabau jela  
Pemandangan Istana Gyeongbokgung

Istana Gyeongbokgung

Seoul :D Tak tahu sapa ni 



Naminara. Oppss gambar.  
Naminara. Tempat kisah percintaan Winter Sonata

Yang ni pon sedap. Bagi 5 Bintang jugak. Tak tahu nama ape tapi yang pasti ada ojingo. haha. camtu la kot eja nya. ojingo = sotong. 

Myeongdong Street

SM Town Store : EXO Chanyeol


A must have kan benda ni. Haha. Sangat sedap. Pergi Korea jangan lupa beli benda ni. 



Istana Gyeongbokgung. Rasa nya tempat ni pernah shooting drama korea yang Park YooChun berlakon tu. Ape tah.

Seoul. Depan Istana Gyeongbukgung

Okayy. Banyak dah gambar kongsi. Ini pun still tak puas lagi jalan. Insyaallah kalau Allah izin, aku nak pergi lagi Korea. Tapi kene kumpul duit lah betul tak. Pape pon kalau g Korea tu jangan lupa bawak


JENG- JENGGGGG !!!!


YESSSSSSSS. BOTOL AIR. Woi boleh menangis kot kalau takde botol air. haha. kau paham2 jela.. Yang penting kebersihan kena la jage ye tak. Nanti susah pulak nak solat.

ok la. tu saje entry kali ni. bye :)

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad