Subscribe Us

Sunday 28 June 2015

Lambaian Kaabah







Insyaallah, dalam masa beberapa hari lagi, saya dan keluarga akan berangkat ke Tanah Suci Mekah. Syukur, syukur, syukur Ya Allah. Alhamdulillah, Allah kabulkan permintaan saya ini.





Dulu sentiasa terfikir bila la dapat menjejakkan kaki ke Mekah. Yelah duit takde kan. Tapi sebenarnya, bukan masalah duit tetapi belum masa nya lagi untuk ke Mekah. Bile dah tiba masanya, insyaallah Allah akan jemput kita menjadi tetamu-Nya.

Saya sangat teruja sebab inilah pertama kali bakal menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barakah. Banyak yang nak didoakan di sana nanti. Harap2 semua nya berjalan lancar. 

Saya memohon kepada semua doakan semoga urusan ibadah umrah kami sekeluarga berjalan lancar di sana. Doakan ibadah kami diterima oleh Allah. Semoga di ampunkan dosa dosa dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang. 



لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ لَبَّيْكَ إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لَا شَرِيكَ لَكَ

I am present, O Allah, I am present, there is no partner unto You. I am present. Definitely praise and glory is yours (for You). The Kingdom is also Yours. There is no partner for You

Saturday 20 June 2015

Kes Tipu : Buka Baucer & Menang

Assalamualaikum semua. 

Sekarang ni banyak betul kes tipu. Mintak kerja kene tipu dengan company scam, jalan2 kat shopping mall pun nak kene tipu. Kadang2 tak paham. Kenapa la nak menipu ni. Sakit pulak hati kita. Aku ingat benda ni dah tak ade dah. Tak sangka ada pulak. Yang buat kerja ni pulak budak2 muda. Kudrat kau tu sayang tau kalau tak guna untuk kerja yang betul. Memang kau ni hijau betul la!


Semalam aku pergi midvalley. Mase on the way balik lalu dekat escalator nak ke train tu aku di tahan oleh dua orang budak lelaki cina. Panggil aku akak. Eleh, aku muda kot dari kau. :p Dieorg dua ketul ni pujuk aku buka kertas kupon dieorg. Tengok ade apa kat dalam. Die kata kalau tulis Thank You akak boleh pergi. Masa ni otak aku mula berfungsi. Haha. Sebab aku pernah baca kes macam ni kat facebook tak silap. Die siap tunjuk bukti lagi contoh kertas yang ada Thank You. Dalam hati aku padahal cakap " padahal kau print satu je kan"

Aku pun layan kan jela. Die cakap bukak la dulu kakak. Tengok apa ada dalam. Mana tahu menang hadiah. Aku layan kan aje. Aku pun koyak la kertas tu. Jeng jengggg. Aku menang RM990. Lepas tu ade gambar barang elektrik ape ke benda tah. Aku dalam hati, sah penipu ni. Cina dua orang ni mula la seronok. Nak explain kat aku pasal hadiah ni. Aku cakap ambik la saya tak minat. Saya dah lambat ni. Aku pun lari. Die duk panggil2 aku. Aku malas layan. Padan muka kau.

So pesanan aku untuk korang semua, berhati2 la dengan sindiket ni. Dah banyak dah jadi. Serious ramai orang yang dah tertipu sampai dieorg rugi beribu riban. Setiap pelusuk negeri ada. Kalau ade orang cenggini, kau jangan la layan. Macam2 taktik sebenarnya. Ade yang gores dan menang, ade yang koyak dan menang dan sebagainya. Kalau korang google memang banyak. Bile kite dah tertipu nanti susah pulak nak mintak balik duit. Nak kene pergi report polis, tribunal dan sebagainya.

So lepas ni berhati2 la semua nya ye. Aku baca kes ni kt facebook tk silap dah bertahun2 lama nya. Hari ni aku sendiri yang kene. Nasib aku pernah baca kalau tak aku pun tak tahu jadi apa. Aku harap penipu2 yang buat kerja macam ni insaf la. Please la. Kalau tak nak perut kau kembong makan duit haram hasil menipu baik kau berhenti. Kalau tak berhenti jugak, kau memang hijau!

Friday 19 June 2015

Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.

Selepas berbulan lama nya memikirkan nasib diri ini yang masih menanam anggur, akhirnya dah dapat hasil. Haha. Berkat sabar dan doa semua orang mungkin. Manis nya sabar itu, Allah ganjarkan nikmat yang tidak berbelah bahagi. Alhamdulillah.

Akhirnya, diri ini telah pun diterima bekerja. Walaupun contract, terima dengan hati terbuka. Yela kalau memilih sangat kan, takut tak dapat apa pulak. Ye dok? My friend said these day mmg susah nak carik jawatan permanent. Ye kot. Nak masuk gomen pulak, erm susah jugak. Takpela. For the time being terima apa sahaja demi mencari pengalaman.

Mase pergi iv haritu, the boss memang sangat friendly. She is Chinese. Baik giler kot. Iv pun sangat sempoi. Boss mmg cakap company ni memang takde stress2. Very flexible. I'm looking forward to start my career at that company.

I believe this is rezeki Ramadhan. Alhamdulillah. Insyallah jika kita sabar dan percaya kepada Allah, Allah pasti beri apa yang terbaik untuk diri kita. Insyallah, semoga sahabat-sahabat yang lain juga diberi rezeki yang melimpah ruah oleh Allah s.w.t. Insyaallah, Amin.




p/s : Sesiapa yang ada apply biasiswa JPA untuk Program Mahasiswa Cemerlang, bleh check sama ada dapat iv atau tak kat SINI. I checked mine, unfortunately, not selected for iv. Meaning, permohonan tidak berjaya. Haha. Takpela. Belum rezeki nak sambung belajar. Allah knows the best. Good luck everyone. 

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad