Subscribe Us

Wednesday 24 February 2016

Pengalaman PAC Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) M41 Tahun 2016

Alhamdulillah.

Syukur tamat sudah sesi PAC PTD bagi tahun 2016. Bermula 13 Feb - 25 Feb, aku punya tarikh antara range tersebut. Hehe. Sampai sekarang tak percaya yang aku boleh mengharungi PAC tu. Bayang kan la, sebelum pergi PAC tu ibaratnya makan tak kenyang, tidur tak lena weh. Kemain berdebor nye. Sampai rasa macam tak nak la gi. Huhu. Tapi fikir kan peluang tu tak datang banyak kali, so I should give a try.

So my session di Ikwas a.k.a INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang. Datang pagi tu je dah berdebar sangat rasa. Beratur la pagi tu nak ambik nombor bagai, make friends and everything. So lepas dah isi2 borang tu, ambik tinggi dan berat untuk kira BMI. Alhamdulillah lepas. Lepas check BMI, g jumpa doktor semua then start la buat ujian2 UKJK tu. Part ni la aku lemah. Yela aku ni mana la nak bersukan nya. Haha. So mmg harapan nak lepas tu tk berapa nak tinggi la citenye. Aku tengok org lain semua praktis buat bleep test la, bangkit tubi la. Aku nak jogging ke lari ke mmg tak la. Kerja pon dah balik malam. Memang takde mase. Ade mase sikit buat curl up je. Sebab aku tahu kalau tak selalu buat mmg tak kan naik. So kene buat bagi biasa. So lepas keje, buat la curl up kt umah. First time buat mmg tk bangun. Haha. Hari2 buat dapat la buat. So tu jela yang aku prepare utk UKJK tu. Thank God, mase hari kejadian tu boleh buat everything except bleep test tak capai above 3. Haha. Masa tu fikir mati la tak lepas. Memang kene angkut beg ala ala Akademi Fantasia la cite nye. Lepas makan solat semua, tunggu kt depan Bilik C untuk announcement calon yang layak ke ujian essay. Alhamdulillah no aku tak kene panggil, means saya LAYAK! Yeayy. Nganga mulut gak la waktu tu. Tak caya. Hakhak. Pastu masuk la dewan exam untuk essei. Ape aku goreng aku pun tak tahu. Aku ni dah la kurang sikit membaca. Erm. Takpela janji tk kosong. Tips kat sini, banyak kan la membaca. At least boleh bagi contoh yang real sikit. Takkan semua nak goreng kan. And structure ayat, grammar sangat penting. Yela, kata teringin nak jadi DUTA. hehe. Nak jadi Duta tapi grammar terabur tak dapat la. Huhu.

Lepas exam, dapat kunci bilik semua. Best giler bilik tido kt Ikwas tu. Macam hotel dah, lg best dr hotel yg aku booked utk parents aku. Ade TV, Fridge, Aircond, bilik mandi pun best, rak kasut, sejadah, meja study, katil sorang satu siap comforter, macam2 la. Tapi tula. Tak sempat nak menikmati sangat pun. Yela tido semalam je. Huhu.

Okay malam tu, sesi LDK / Module Psikologi. Sape yang attend tahu la macam mana kan. Kita diberi situasi dan watak, dan sila lah pertahan kan watak anda. It's my very first time. Sapa yang pernah attend interview JPA/Mara mungkin ada kot situasi2 ni. Tak tahula sebab tak pernah attend IV for scholarship. Tapi mcm pernah baca kt blog org, ade juga part yg situasi ni utk IV Scholarship. Tips kat sini, please use proper words, never be too arrogant, dominant or whatever la walaupun watak korang tu kene hentam ke ape ke. Sabar sikit. Hehe.

Lepas habis LDK, maka dapat la tajuk untuk public speaking dan pengucapan awam. Maka bermula la episod tk tido malam nak prepare speech. Hahah. Beria kau nok. Aku sampai tido lambat takut nye pasal.Tajuk senang je tapi tk tahu nak cite ape. Heh. Same jela. Tajuk yang aku dapat? Erm. Tak boleh reveal. Haha. Tapi senang je. Senang sampai tak tahu nak cakap apa. Sangat straight forward bukan fakta. Macam candidates lain ada yang dapat mcm fakta sikit tajuk dia. Doalah tangan anda itu memberi tuah supaya tak dapat la tajuk pelik2. Hiks. Tips LDK ni, try to think out of the box. Panel cakap, bile dieorg tgk tajuk2 yang kite nak present tu dieorg dh bleh agak la apa yang kita akan cakap. Die siap bagi contoh tajuk aku lagi. haha. Malu giler. Die kate tau dah nak cakap apa. So try to think out of the box. Sebenarnya, aku pun tak tahu aku ni boleh ke fikir luar kotak. Keke. Selain tu jugak, cuba belajar skill pengucapan awam. Knows how to attract people. Lagi2 bile kite tgk org macam dah kelaut tu, kita panggil die balik ke darat. Kene ade skill. Aku rase mostly kiteorg ni macam buat presentation thesis je mase public speaking tu. Haha. 5 minit ok masa nak cakap. Sekejap je rase 5 minit tu.

Last sekali, group discussion. Haa part ni aku paling tk suka. Aku tk pandai la nak berebut2 cakap dengan org. And aku takut kalau org tu cakap benda yang aku tak tahu / tak faham. Thats y aku tk suka. Hahaa. Mase dh ade orang start bagi point aku diam je. Erm nak cakap apa ek. Sampai la ade sorang tu bukak point yang macam aku faham gak. So aku add some points untuk point die tu. So berlanjutan la diskusi kami tu. Alhamdulillah semua orang dapat cakap. bukan sekali tp berkali kali. Hehe. Kami cakap dengan tergagap gagap nya dan grammar yang terabur. Lolz. Tips kat sini, keep on talking. Kalau rasa tak tahu point org tu cakap, tambah la point yang baru yang kita tahu. Buat relax2 je. Jangan nervous sgt. Yang penting kita cakap. Group aku sangat ok. Kite support each other. Mula2 risau juga takut discussion tu akan krik krik di tengah jalan. Sebab ade org share dekat group dpt passive groupmates. Tapi kiteorg okay la. Takde krik krik pon. 1 jam terasa cepat berlalu. Hehe.

Maka tamat la sudah PAC Pegawai Tadbir & Diplomatik 2016. Overall sangat okay dan ianya tidak la se stress yang di sangka. Sangat enjoy sebab semua org pun datang situ dengan tujuan yang sama so kite support sesama sendiri. As for me satu accomplishement jugak la. Aku ni introvert kot tapi berjaya cabar diri untuk buat yang aku mampu untuk PAC ni. Dapat tak dapat tu belakang cita la. Yang penting pengalaman tu. Siap dapat tips dr PTD yang dah berkhidmat lebih dr 10 tahun. Bila dieorg cita pengalaman dieorg, rasa terfikir mampu ke aku jadi macam dieorg?

Apa2 pun, kalau ade rezeki ada la. Kalau tkde insyaallah ada rezeki yg lebih baik. Kalau dh memang rezeki kite, mmg takkan lari benda tu nya. Yang penting usaha, tawakal and doa. Insyaallah. Okbaiii.



14 comments:

Cikgu Aidil said...

nak tnya.. dalam group discussion and pengucapan awam tu guna bahasa Melayu ke Inggeris?

MaahadiMujahid said...

Hi Sis,

First of all, thank you for sharing the tips for PTD exam. I believe its going to be usefull. May Allah bless you with your good deeds.

Sis, did you manage to pass the overall PTD PAC test into the next level? If possible, I would like to know what was your next journey soon after your PAC test.

I include my email ahmadbasri.roshadi@gmail.com if in case you require a platform to contact with me. Thanks you sis. Best regards.

DaNia IzaRa said...

Hi Sis,


Mohon jasa baik sis utk shared how JPA do the PAC test for all candidates. bukan ape sy xdpt gambaran lagi n tgh dok risau bile la jpa nak panggil utk buat PAC.takut xsempat nak buat preparation.

Sis boleh email kat sy qasehmya@gmail.com.

Thanksss


shafika eliza said...

saya nak tanya sikitlah dia full in malay ke english ?

Ungu_Violet said...

Hai. Sorry jarang online skrg. public speaking ada, pengucapan awam pun ada. both languages. Group discussion fully in english.

Ungu_Violet said...

Hi. I passed my PAC, but didnt get through the Interview session. All the best to you, in case you're going to attend PAC this January.

Ungu_Violet said...

Hi Dania,
PAC activities semua mcm yg saya cerita dalam post ni. UKJK, then essay for both BM and BI, Malam ada LDK, and the next day tu Pengucapan awam & Public speaking and last sekali group discussion.

All the best ya.

Ungu_Violet said...

group discussion dgn public speaking je english. LDK semua in malay.

Sazana Ayob said...

Salam kak, Alhamdulillah saya akan melalui ujian PAC january 2017, serba sedikit ingin meminta pertolongan akak mengenai tajuk esei bahasa dan english. Saya insyaAllah boleh berkata2 tapi untuk menulis itu saya rasa kurang yakin. Maklumlah selama ini guna microsoft word untuk karang ayat dan 'synonym' untuk mengarang ayat lebih power. Saya agak risau juga untuk berdepan PAC. Harap akak boleh email kepada saya contoh tajuk atau tajuk yang akak dapat.
Terima kasih kak kerana sudi share pengalaman PAC akak yang saya rasa sangat berguna untuk saya.

Email saya: sazocen@gmail.com

Ungu_Violet said...

Hi Dik. Sorry akak tk ingat dah tajuk esei exactly. tapi ada 2 boleh pilih. i think 1 is more general, and 1 fact. seingat akak, tajuk pasal accountability, lepas tu ada pasal isu dunia mcm palestin tu.

All the best ya.

zarina said...

Salam.
Nk tanya,bangkit tubi tu ada org pegangkan kaki x?

Anonymous said...

tak ada. sy tlg jawab

mieza said...

PAC ni berapa hari?

Unknown said...

Boleh sy tahu berapa BMI utk proceed ke next stage?

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad