Subscribe Us

Tuesday 29 September 2015

Pelihara Auratmu


Assalamualaikum.


Lately, sering terbaca di media sosial perihal aurat. Ramai yang cakap, tak pakai tudung tak semestinya tak baik. Pakai tudung pun tak semestinya baik. I agree with that. Tetapi bukan kah menutup aurat itu perkara wajib suruhan Allah.



Surah An-Nur ayat 31 :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Sebenarnya, konsep menutup aurat itu pun kita masih tak faham lagi. Saya sendiri pun dah 20 tahun plus2 pun masih lagi tak faham konsep aurat. Aurat is not about tudung only. It's more than that. Terfikir sejenak, kenapa kalau sembahyang, perempuan kene tutup semuanya kecuali yang di izinkan muka dan tapak tangan. Katanya aurat. Kalau macam tu, kenapa lepas habis solat boleh pakai baju singkat, seluar ketat dan tudung yang jarang. Adakah aurat perempuan ketika solat dan selepas solat itu berbeza? Itu la persoalan yang bermain di minda. Maka jelas lah bahawa aurat is not about tudung only. Jadi fahamilah konsep aurat itu sendiri kerana sesungguhnya, tidak lah Allah memerintahkan sesuatu itu tanpa ada sebab musabab nya.


Konsep Menutup Aurat
Credit : Google Image


Pernah saya terbaca di laman sosial. seorang lelaki berkata, seorang perempuan, apabila mereka tahu bagaimana pandangan lelaki terhadap mereka, maka mereka pasti akan takut sehingga tidak sanggup untuk keluar rumah. Macam betul je kan. sebab pernah terbaca sorang lelaki ni, die komen di satu gambar artis wanita ini. Artis ini berpakaian agak tidak sopan. Lelaki ini komen tentang bentuk badan dia. sebagai seorang perempuan, saya malu apabila ada orang yang berkata tentang diri kita. Malah komen di media sosial boleh di baca oleh umum. Sampaikan ada perempuan yang menegur, mengatakan mereka sendiri tak perasan tentang apa yang dibicarakan oleh lelaki tersebut, dan hanya menyedari setelah membaca komen sedemikian. 

Maka terbukti lah, menutup aurat itu wajib. Banyak hikmahnya seperti memelihara diri kita dari pandangan2 jahat oleh orang yang tak sepatutnya sekaligus menjauhkan diri kita dari fitnah. Dan sesungguhnya, pelihara lah aurat kita kerana kita sayangkan Ayah, Abang dan Adik lelaki kita. 


Jom semak apa lagi kesalahan kita. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya semoga tidak lalai.
Credit : Google Image

Manusia, mana mungkin lari dari membuat kesilapan. Yang maksum itu hanyalah kekasih Allah. Masih ada ruang untuk kita perbaiki diri, untuk menjadi makhluk Allah dan umat Muhammad yang diredhai. Insyaallah, sama2 perbaiki diri terutama nya diriku ini hamba yang hina lagi yang banyak berdosa. Nak ber fesyen itu tidak salah. Perempuan kan. Saya pun suka fesyen. Namun harus lah menitik berat kan konsep Islam itu sendiri. Dena Bahrin sebagai contoh. Nampak manis saja menutup aurat namun masih mampu lagi berfesyen.


Insyallah, moga dilimpahi hidayah dan rahmat kasih sayang Allah kepada kita.
Assalamualaikum semua. :)

JOM TUTUP AURAT! :)



Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad