Subscribe Us

Friday 29 May 2015

Ramadhan Is Coming

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak tulis dalam blog ni. Berbelas hari la jugak. Life has been busy lately. Busy kerr? *Tangan kat bahu, mata kat atas*

Btw, kita sekarang pun dah berada di penghujung bulan Mei. So, June is coming. It means, Ramadan is getting nearer. Alhamdulillah. Semoga kita semua di panjangkan umur supaya di beri peluang untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi. Insyaallah 1 Ramadhan jatuh pada 18 Jun 2015 kalau tak silap la. Means, ade la dalam 21 hari lagi.

Jadi menjelang Ramadhan ni kene la buat persiapan diri jugak. Ini peringatan untuk aku juga, takde la nak cakap kat orang pun. Insyaallah mungkin boleh jadi manfaat bersama. Betul tak?


Antara persediaan menghadapi ramadhan.
Credit : Foto Dacha

Bulan Ramadhan ni ialah bulan rahmat yang penuh dengan keberkatan, kemuliaan dan keistimewaan. Antaranya ialah Malam Lailatul Qadar. Insyaallah, dengan kedatangan bulan Ramadhan nanti, sama2 la kita mengambil kesempatan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Semoga kita terus di beri kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan. Semoga kita semua terus menjadi hamba yang taat pada perintah dan suruhan-Nya. Insyaallah. 

Jumpa Lagi. Assalamualaikum. 

Monday 18 May 2015

Pengalaman Exam IELTS

Assalamualaikum semua.

Haritu aku ade cerita impian aku nak sambung Master kt UK dekat sini . Sebenarnya lama dah aku ambik IELTS exam ni. Sebab nya penting utk dapat kan Unconditional Offer letter and nak carik scholarship. So aku decide nak ambik exam IELTS dekat IDP Subang Jaya. IDP Subang ni dekat dengan INTI College and Taylor's College.

IDP Subang Jaya

Aku ambik sendiri takde kawan. Selambe jela pergi sorang2. Thanks to my brother sanggup hantar aku pergi exam kat IDP Subang tu. Jauh sebenarnya dari rumah aku. Huhu. Thank you abang :)

So aku dapat exam speaking hari Khamis. Exam reading, writing and listening semua hari Sabtu. Masa exam speaking tu debor giler. Yela awak orang kampung, cakap bahasa inggeris pon terabur. Huhu. Tapi demi impian ku, aku gigih kan jugak. Aku harap sangat dapat examiner orang putih. Yela boleh la practice speaking dengan orang putih kan. Tapi dapat Chinese. Okay la. She's so friendly and warm. Aku dapat topic long journey u've experienced. So I talked about my experience went to Thailand for holiday. Okay la die senyum je walaupun aku gelabah sampai tercakap "apa" haha.

Sabtu tu pulak sat for the other 3 components. Alhamdulillah listening dapat betul2 depan speaker. And everything went well. Reading pon dapat articles yang tak la panjang sangat and writing dapat topic yang best jugak la.

So far aku rasa okay la exam IELTS ni. I like it more than MUET. Especially part speaking sebab its a one to one speaking. Kau dengan examiner je. Tak yah rebut2 nak cakap mcm MUET. Aku rasa confident jugak la dengan exam IELTS ni. Harap2 dapat la Band 6.5. It's a minimum requirement utk fly UK.

Hari2 aku doa harap2 dapat la minimum 6.5. itu je aku mintak. Tiba la hari keluar resultnya, berdebor ya ampun. Aku tengok kt media sosial ade yang dah check result kt website. Aku try masukkan info aku tapi tak dapat. Nak nangis rasa. Petang tu dapat la surat dr IDP Subang. Result IELTS aku. Berdebar sangat2 Allah je tau. Aku pon bukak la sampul tu. Ermmmmm

Speaking : 6
Reading : 7
Listening : 6
Writing : 5.5
Overall : Band 6

Ya Allahhh. Menangis aku. Sikit lagi nak dapat Band 6.5. Kurang lagi 0.5. And kurang nya dekat writing. Haihhh. Aku ni dengan exam bahasa Inggeris memang tak pernah la kawan baik. Nampak sangat writing aku teruk. Berkecai impian aku. Aku mampu pandang sayu jela surat tawaran tu. Sedih giler wehh. Ape la nasib. Menangis aku sorang2 dalam bilik. Rasa rugi sangat. Aku tk kisah pon kene spend duit aku sendiri beratus nak ambik exam tu, tapi rasa kesian kat abang aku sanggup ambik half day nak hantar aku pergi exam tu. Rasa mcm loser giler lagi 0.5 weh. kalau witing aku dapat 6 aku rasa dah okay sangat dah.

Aku muhasabah diri. Mungkin belum rezeki aku nak g belajar kat sana. Mungkin Allah tahu belum masa nya lagi aku nak pergi sana. Who knows in future ade rezeki yang lebih baik. Tp tula kalau aku dapat pun, financial pun tak pasti lg. Smpai skrg MARA pun tak bukak permohonan utk PG Dalam dan Luar Negara. 

Ni je status dari awal tahun haritu


Walaupun result IELTS aku dapat band 6 je, itu tak bermakna impian aku terkubur macam tu je. Insyaallah aku akan pastikan impian aku tercapai. Aku akan berusaha perbaiki bahasa inggeris aku, ambik lagi exam tu and sambung belajar kt UK. Insyaallah, kalau bukan skrg mungkin lagi 2 atau 3 tahun lagi. Insyaallah.

Ok itu je entry kali ni. Insyaallah next time mungkin nak share tips IELTS walaupun I ni tk la pandai mana. hehe. Salam semua :)

Wednesday 13 May 2015

Konvokesyen UiTM Ke 82

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah insyaallah, tak lama lagi akan bergraduasi.. Yeayyyy!!!!
Tak sabar nak pakai topi senget tu. Syukur Alhamdulillah.


Kad Jemputan Untuk Ibu Bapa / Penjaga






Alhamdulillah. Ini hadiah untuk mak ayah adik beradik dan semua yang mendoakan saya. 

Terima Kasih. 

Saranghae :)


Saturday 9 May 2015

안녕하세요 Annyonghaseyo : Perjalanan Mencari Oppa :D

Berbulan2 yang lalu Alhamdulillah, ada rezeki nak melawat bumi 'KPOP'. Alhamdulillah. Punya la suka sebab konon konon berangan la dapat jumpa oppa oppa ku. Haa ambek kau. Nak oppa tak dapat, ahjusshi yang kau dapat. Haha

Pape pon trip ke Korea haritu memang awesome. Serious rasa seronok sangat. Walaupon suhu masa tu paling tinggi 19 c. Memang enjoy. Rasa 5 hari spent kat Korea memang tak cukup. Banyak jugak tempat tak sempat nak melawat sebab aku ambik backpack punya style. Guna public transport je. Jom  tengok gambar-gambar kt sane. 



Pemandangan di atas. Masa ni matahari baru nak naik.  Subhanallah

OTW Nak naik bus hijau ;D

The Famous Itaewon Mosque. A must visit place rite. 

Pemandangan Dari Atas Namsan Tower. Serious cantik sangat. I cryyy 

Namsan Tower. Nak datang sini boleh naik bas awam. 

Ehwa Woman's University. Cantik Uni ni. Masa datang Uni dalam pukul 7 malam camtu. Berpusu2 orang. Ada kelas kot time tu. 

The Love Lock. Mengunci cinta kata nye. I single. haha

Mangsa nahas Sewol Tragedy. Tak ingat nama tempat ni, tapi dieorg ada buat macam memorial utk mangsa nahas

Harus la ada iklan oppa kan. wink wink. Hyun Bin Oppa 

Oppa lagi. Walaupon not so Oppa. Haha. EXO Kai & EXO Baekhyun :D


SM Town Store di Myeondong. So EXO-L, ELF, Sones etc wajib datang sini kay.

tak tau nama apa, tapi this food sangat sedap. Nora bagi 5 Bintanggg ! Yeay

Pengawal istana. Ingat nak buat persembahan apa, rupanya pusing2 gitu je. sabau jela  
Pemandangan Istana Gyeongbokgung

Istana Gyeongbokgung

Seoul :D Tak tahu sapa ni 



Naminara. Oppss gambar.  
Naminara. Tempat kisah percintaan Winter Sonata

Yang ni pon sedap. Bagi 5 Bintang jugak. Tak tahu nama ape tapi yang pasti ada ojingo. haha. camtu la kot eja nya. ojingo = sotong. 

Myeongdong Street

SM Town Store : EXO Chanyeol


A must have kan benda ni. Haha. Sangat sedap. Pergi Korea jangan lupa beli benda ni. 



Istana Gyeongbokgung. Rasa nya tempat ni pernah shooting drama korea yang Park YooChun berlakon tu. Ape tah.

Seoul. Depan Istana Gyeongbukgung

Okayy. Banyak dah gambar kongsi. Ini pun still tak puas lagi jalan. Insyaallah kalau Allah izin, aku nak pergi lagi Korea. Tapi kene kumpul duit lah betul tak. Pape pon kalau g Korea tu jangan lupa bawak


JENG- JENGGGGG !!!!


YESSSSSSSS. BOTOL AIR. Woi boleh menangis kot kalau takde botol air. haha. kau paham2 jela.. Yang penting kebersihan kena la jage ye tak. Nanti susah pulak nak solat.

ok la. tu saje entry kali ni. bye :)

Wednesday 6 May 2015

Impian Master



Impian Master Ku



Few months ago, aku dengan penuh selambanya sat for IELTS exam. I bet most of you know what is IELTS. 


Definition of IELTS



IELTS ni penting for those who wish to further their studies abroad. It's applicable for both undergraduate and postgraduate. IELTS ni accepted di seluruh university di dunia ini. 

Aku ni dari kecik la berangan nya nak belajar obersi. Yela tengok anak jiran belajar kat US la, UK la. Aku pun nak la jugak. Al kisah nya waktu sekolah tak la pandai mana. Semua public exam tak score straight A's. Jangan kata nak belajar obersi, nak masuk boarding school pon tak layak. Kene reject! Haha.

Tapi aku ni tak pernah la putus asa. Alhamdulillah habis je degree, aku berjaya dapat CGPA 3.0 and above. So aku ingat nak sambung Master terus, dan aku pilih UK. Sebab aku tau susah nak carik kerja sekarang (macam sekarang aku tanam anggur). So aku pun buat la research universities dkt UK yang aku fikir sesuai utk course yang aku nak pilih nanti.

Dah aimed universities, apply and dapat offer letter tapi conditional offer letter sebab tak sit for IELTS lagi. Depends on universities, some do accept GCEO 1119 yang kite ambik time SPM dlu. tapi selalunya 1119 kene dapat A baru bleh waive then takyah ambik IELTS exam yang mahal giler tu. Bear in mind, your result SPM utk Bahasa Inggeris and 1119 are two different things. So don't get confused.

Since, aku nye 1119 tak A, definitely I've to sit for IELTS exam. Dlu aku pernah cakap yang MUET is the last English exam yang aku akan ambik. Malas wehh. Tapi sebab itu impian aku so I'll definitely give a try. Regardless of the outcome.

Aku pun dengan selamba nya register nak ambik exam tu. Tapi aku tk pergi preparation class due to certain circumstance. So aku blaja sendiri je time ade masa lapang. Nervous ya ampun, Allah je yang tahu. Aku hrap sangat result aku okay. 

Berapa yang aku dapat? Nanti aku sambung entry yang lain kay. Byeeee



Tuesday 5 May 2015

Sweetness Overload : Proposal

I scrolled down my face book's newsfeed and I come across towards this video. Ommo!
Orang Korea ni suka tau propose girlfriend dieorang sweet2 gini. 

Dah kenapa? Haha

Aku confirm Korean guys mesti pening kepala camne nak propose girlfriend dieorang. Of course la weh girlfriend dieorang pon nak macam ni kan. Haha. Macam bile sorang buat, orang lain pon nak jugak.

Ni ha video nye. Korang pon mesti dah pernah tengok. Post it proposal. Boleh la sweet la jugak. 





Tapi bagi aku yang ni tak la se-sweet proposal yang macam video bawah ni. Serious yang ni aku tengok banyak kali pun tak bosan. Haha. Confirm laki ni dalam kalangan chaebol. yela gila tak banyak duit kene invest nak buat event macam ni.




Haii. Bile la ade orang nak propose aku macam ni jugak. hihi
Verangan jela kau jemah.. zzzzzzz


Aku suka sebenarnya tengok video2 macam. Video orang kawin la, orang propose la. hihi. Kalau malaysian aku suka tengok video Irma Hasmi. Sweet on their on way. Islamik gitu. Lagi la sweet.

Korang pulak macam mane? Ade video kawin / propose yang best2 tak? Share kat I ye. I suka benda2 macam tu. haha

Monday 4 May 2015

Nikmat Tuhan Mana Yang Kau Dustakan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ



Lately aku banyak fikir nasib aku. Masa depan aku. Sampai hari ni dah habis belajar sekian lama nya, rezeki nak kerja tu masih belum sampai. Sumpah aku cemburu tengok kawan2 aku dah kerja. Sedangkan aku? Nak kata result tak elok, rasa nya elok dah. Haih la nasib.

Kadang2 aku sedih fikir, apa usaha aku ni tak cukup lagi ke? Macam2 dah usaha tapi masih takde hasil lagi. Aku apply berlambak2 kt jobstreet tu, aku apply through email, aku pos pulak, aku g career fair. Semua takde hasil. Sampai bila la nak jadi lagu ni. Aku nak jugak rasa ada kerja tetap, boleh la bantu mak ayah aku. Aku nak kumpul duit nak bayar PTPTN aku tu. Aku nak kumpul duit nak sambung Master. Aku nak kumpul duit nak tunaikan Haji / Umrah. Tapi......

Ada kawan sorang tu. Bukan la aku nak memburuk kan dia ke ape. Die sembahyang ala kadar je. Aku tau sebab aku sebilik dengan die. Tapi habis belajar je dapat terus kerja. Jawatan executive pulak tu. Murah betul rezeki dia. Tengok la. Apa lagi die nak cari dalam hidup.

Teringat dengan Surah Ar-Rahman ni:



Kadang2 benda macam ni buat aku terfikir. Betapa sayang nya Allah dengan kita. Kita ni buat tak peduli kat Dia, tapi rahmat dan kasih sayang Dia tu dekat kita tak pernah putus. Kita lupa macam mana kat dia, dia tetap bagi rezeki dekat kita. Kita buat la tak hirau pon nak solat, Allah tetap kurniakan rezeki melimpah ruah kat kita.

Jadi, kita ni kena la sentiasa bersyukur, kene banyak muhasabah diri. Aku tak cakap kat orang. Aku cakap kat diri sendiri. Aku tau aku ni banyak lompang sana sini. Diri tu masih banyak silap nya.

Jujur la aku cemburu sebenarnya dengan dia. Takpela. Aku anggap tu rezeki dia. Rezeki aku mungkin lambat. Yang penting aku kene sabar dan usaha. Dan yang pasti, setiap yang berlaku tu ade hikmah di sebaliknya. 

Friday 1 May 2015

Happy Labour Day

Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia!!!
Yeayy boleh cuti 4 hari. hehe

Aku belum kerja lagi so tak boleh nak happy sangat. Menyumbang kepada kadar pengangguran negara aku ni. Huhu.
Takpela. Mungkin belum rezeki lagi. Walaupun jauh di sudut hati aku sedih sangat.
 Kawan2 lain ada yang dah dapat gaji sendiri dah. Aku belum lagi.
Erm. Doakan aku dapat kerja cepat ye.. Nak bg duit kat mak ayah pulak.

Insyaallah satu hari nanti....
Moga Allah izin

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad