Saturday, 27 February 2016

April Skin Magic Snow Cushion

Hi Semua,
Harini I wanna share with all of you about a product that I recently bought which is

APRIL SKIN MAGIC SNOW CUSHION!!

Yeayy. Haritu tetiba rasa macam nak try April Skin ni lepas tengok video dekat FB tu kan. Tapi macam mana nak beli kan. Takkan nak terbang ke Korea pulak. Haha. So I decided to search for this product di 11 Street website. Buka2 website je, tengok ada Shocking Deals. Memang banyak la discount dapat. Harga asal bape ratus lebih tah. Tapi shocking deals dapat dalam RM60 lebih. And at that time, I just sign up with 11 Street, so I received a coupon amount RM10. So total bayar untuk April Skin ni ialah RM 50 plus. 

April Skin yang aku beli ni memang direct from Korea. Seller nama Isaac Korea. Masa aku beli tu hari cuti so mungkin take time sikit la. Tapi overall dalam 10 hari nak dapat produk ni dr Korea ke Malaysia.

So hari yang ditunggu telah tiba. Haha. Skynet pun sampai rumah hantar kotak ni. Taraaaaa!! Yeayy










Thanks Isaac Korea, I received my parcel in good condition. So its time to give a try. Bukak2 je, memang wangi la. So aku pun try la letak kat muka. For your information, I have a very bad acne scars. Teruk kot dengan merah2 lagi. Harapan nya dapat la cover sikit merah2 dekat muka tu dengan parut sikit. Walaupun tak menyeluruh sebab parut memang susah kan nak tutup. 


So ini lah hasil nya. Aku berjaya tutup kan sikit merah2 kat muka tu. It works! Memang magic. Aku rasa sapa yang kulit takda parut tu memang akan nampak flawless. Definitely akan nampak cantik. Ini pun aku just letak sikit je sebab nak try je pun..


So anda semua apa lagi, boleh la try tengok dekat 11 Street tu kalau nak try magic cushion ni. Memang berbaloi. Lagi berbaloi kalau dapat diskaun kan. Sila la pergi ke 11 Street and search under seller Isaac Korea, definitely you will feel satisfied with their service. 

Okay sekian, iklan tidak berbayar dari saya. Bye!!


p/s : anyone ada tips for healing acne scars please....

Wednesday, 24 February 2016

Pengalaman PAC Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) M41 Tahun 2016

Alhamdulillah.

Syukur tamat sudah sesi PAC PTD bagi tahun 2016. Bermula 13 Feb - 25 Feb, aku punya tarikh antara range tersebut. Hehe. Sampai sekarang tak percaya yang aku boleh mengharungi PAC tu. Bayang kan la, sebelum pergi PAC tu ibaratnya makan tak kenyang, tidur tak lena weh. Kemain berdebor nye. Sampai rasa macam tak nak la gi. Huhu. Tapi fikir kan peluang tu tak datang banyak kali, so I should give a try.

So my session di Ikwas a.k.a INTAN Kampus Wilayah Selatan di Kluang. Datang pagi tu je dah berdebar sangat rasa. Beratur la pagi tu nak ambik nombor bagai, make friends and everything. So lepas dah isi2 borang tu, ambik tinggi dan berat untuk kira BMI. Alhamdulillah lepas. Lepas check BMI, g jumpa doktor semua then start la buat ujian2 UKJK tu. Part ni la aku lemah. Yela aku ni mana la nak bersukan nya. Haha. So mmg harapan nak lepas tu tk berapa nak tinggi la citenye. Aku tengok org lain semua praktis buat bleep test la, bangkit tubi la. Aku nak jogging ke lari ke mmg tak la. Kerja pon dah balik malam. Memang takde mase. Ade mase sikit buat curl up je. Sebab aku tahu kalau tak selalu buat mmg tak kan naik. So kene buat bagi biasa. So lepas keje, buat la curl up kt umah. First time buat mmg tk bangun. Haha. Hari2 buat dapat la buat. So tu jela yang aku prepare utk UKJK tu. Thank God, mase hari kejadian tu boleh buat everything except bleep test tak capai above 3. Haha. Masa tu fikir mati la tak lepas. Memang kene angkut beg ala ala Akademi Fantasia la cite nye. Lepas makan solat semua, tunggu kt depan Bilik C untuk announcement calon yang layak ke ujian essay. Alhamdulillah no aku tak kene panggil, means saya LAYAK! Yeayy. Nganga mulut gak la waktu tu. Tak caya. Hakhak. Pastu masuk la dewan exam untuk essei. Ape aku goreng aku pun tak tahu. Aku ni dah la kurang sikit membaca. Erm. Takpela janji tk kosong. Tips kat sini, banyak kan la membaca. At least boleh bagi contoh yang real sikit. Takkan semua nak goreng kan. And structure ayat, grammar sangat penting. Yela, kata teringin nak jadi DUTA. hehe. Nak jadi Duta tapi grammar terabur tak dapat la. Huhu.

Lepas exam, dapat kunci bilik semua. Best giler bilik tido kt Ikwas tu. Macam hotel dah, lg best dr hotel yg aku booked utk parents aku. Ade TV, Fridge, Aircond, bilik mandi pun best, rak kasut, sejadah, meja study, katil sorang satu siap comforter, macam2 la. Tapi tula. Tak sempat nak menikmati sangat pun. Yela tido semalam je. Huhu.

Okay malam tu, sesi LDK / Module Psikologi. Sape yang attend tahu la macam mana kan. Kita diberi situasi dan watak, dan sila lah pertahan kan watak anda. It's my very first time. Sapa yang pernah attend interview JPA/Mara mungkin ada kot situasi2 ni. Tak tahula sebab tak pernah attend IV for scholarship. Tapi mcm pernah baca kt blog org, ade juga part yg situasi ni utk IV Scholarship. Tips kat sini, please use proper words, never be too arrogant, dominant or whatever la walaupun watak korang tu kene hentam ke ape ke. Sabar sikit. Hehe.

Lepas habis LDK, maka dapat la tajuk untuk public speaking dan pengucapan awam. Maka bermula la episod tk tido malam nak prepare speech. Hahah. Beria kau nok. Aku sampai tido lambat takut nye pasal.Tajuk senang je tapi tk tahu nak cite ape. Heh. Same jela. Tajuk yang aku dapat? Erm. Tak boleh reveal. Haha. Tapi senang je. Senang sampai tak tahu nak cakap apa. Sangat straight forward bukan fakta. Macam candidates lain ada yang dapat mcm fakta sikit tajuk dia. Doalah tangan anda itu memberi tuah supaya tak dapat la tajuk pelik2. Hiks. Tips LDK ni, try to think out of the box. Panel cakap, bile dieorg tgk tajuk2 yang kite nak present tu dieorg dh bleh agak la apa yang kita akan cakap. Die siap bagi contoh tajuk aku lagi. haha. Malu giler. Die kate tau dah nak cakap apa. So try to think out of the box. Sebenarnya, aku pun tak tahu aku ni boleh ke fikir luar kotak. Keke. Selain tu jugak, cuba belajar skill pengucapan awam. Knows how to attract people. Lagi2 bile kite tgk org macam dah kelaut tu, kita panggil die balik ke darat. Kene ade skill. Aku rase mostly kiteorg ni macam buat presentation thesis je mase public speaking tu. Haha. 5 minit ok masa nak cakap. Sekejap je rase 5 minit tu.

Last sekali, group discussion. Haa part ni aku paling tk suka. Aku tk pandai la nak berebut2 cakap dengan org. And aku takut kalau org tu cakap benda yang aku tak tahu / tak faham. Thats y aku tk suka. Hahaa. Mase dh ade orang start bagi point aku diam je. Erm nak cakap apa ek. Sampai la ade sorang tu bukak point yang macam aku faham gak. So aku add some points untuk point die tu. So berlanjutan la diskusi kami tu. Alhamdulillah semua orang dapat cakap. bukan sekali tp berkali kali. Hehe. Kami cakap dengan tergagap gagap nya dan grammar yang terabur. Lolz. Tips kat sini, keep on talking. Kalau rasa tak tahu point org tu cakap, tambah la point yang baru yang kita tahu. Buat relax2 je. Jangan nervous sgt. Yang penting kita cakap. Group aku sangat ok. Kite support each other. Mula2 risau juga takut discussion tu akan krik krik di tengah jalan. Sebab ade org share dekat group dpt passive groupmates. Tapi kiteorg okay la. Takde krik krik pon. 1 jam terasa cepat berlalu. Hehe.

Maka tamat la sudah PAC Pegawai Tadbir & Diplomatik 2016. Overall sangat okay dan ianya tidak la se stress yang di sangka. Sangat enjoy sebab semua org pun datang situ dengan tujuan yang sama so kite support sesama sendiri. As for me satu accomplishement jugak la. Aku ni introvert kot tapi berjaya cabar diri untuk buat yang aku mampu untuk PAC ni. Dapat tak dapat tu belakang cita la. Yang penting pengalaman tu. Siap dapat tips dr PTD yang dah berkhidmat lebih dr 10 tahun. Bila dieorg cita pengalaman dieorg, rasa terfikir mampu ke aku jadi macam dieorg?

Apa2 pun, kalau ade rezeki ada la. Kalau tkde insyaallah ada rezeki yg lebih baik. Kalau dh memang rezeki kite, mmg takkan lari benda tu nya. Yang penting usaha, tawakal and doa. Insyaallah. Okbaiii.



Tuesday, 9 February 2016

PAC PTD M41 2016





Bismillah,
Dengan izin Allah, untuk next stage pula. Mohon doa kalian semoga urusan saya dan mereka2 yang bakal menghadiri ujian ini dipermudahkan.

I'm so nervous. Sebab saya tahu other candidates also quite good. Ada yang lebih berusia dari saya, ada yang sudah lama dalam dunia pekerjaan sedangkan saya baru beberapa bulan bekerja. I'm not going to put high hope. I'm just going to enjoy this PAC and gain as much as experiences I can. I know persaingan agak sengit apabila tiba untuk 2nd stage ni.

Kalau ada rezeki, Allah akan permudahkan jua. Insyaallah.

Goodluck and all the best semua candidates. 



Skincare Product : COSRX

Hi. Assalamualaikum semua. Last few weeks, I have interested with this particular products. It's Cosrx. I dah follow twitter Iman...