Subscribe Us

Monday 27 April 2015

Mumuscarves

Hello Scarves Lovers!!!

Harini aku nak share sikit pasal my favourite scarves. Nama diberi ialah MUMUSCARVES. Kalau
tak silap aku Mumuscarves ni ialah ilham pereka fesyen terkenal, iaitu Ashhannas.

Mumuscarves ni memang cantik. Aku dah beli and try pakai. Memang aku suka. Mumuscarves ni
pakai material High Quality Italian Premium Dull Satin. Memang lain dari yang lain. Aku ni sebenarnya tak berapa gemar kain satin, tapi mumu memang best lahh. Jom tengok gambar Mumuscarves kat bawah ni :)








Haa. Camne? Cantik kan. Mumuscarves ada banyak lagi koleksi cantik2 macam ni. Kalau korang suka, boleh la pergi melawat link dekat bawah ni. Mana tahu ada yang berkenan. Boleh la beli satu untuk kawin ke, bridesmaid ke, konvo ke, tunang ke or untuk pakai ke kelas/office.







Dan untuk pengetahuan korang, Mumuscarves juga digaya kan oleh  pelakon Mia Ahmad dalam cerita Hati Perempuan. Ala cite yang pukul 7 kt tv3 tu. Korang kan suka tengok drama. Betul tak? Haha.


Mia Ahmad donning Mumuscarves

Ok la.. Itu same entry kali ini. Jump lagi korang. Have a nice day. :)



Thursday 23 April 2015

Cosmoderm

NAK HILANGKAN PARUT???

Assalamualaikum semua.

Harini aku nak cerita produk yang aku baru guna ni. Muka aku memang banyak parut. Parut chicken pox + jerawat. Haaa. Dapat tak kau nak bayangkan macam mane tu?
Memang kadang2 malu jugak la. Yela bile muka ada jerawat pastu berparut mesti la rasa low confidence kan. 

Hari tu aku google2, ada orang recommend kan produk Cosmoderm. Cosmoderm ni, macam produk yang lain jugak ade untuk jerawat, kulit berminyak, parut dan sebagainya. Testimoni pun nampak macam okay. So aku pun rasa macam nak cuba. Iyelah bertahun dah muka aku berparut gini. Nak pulak parut aku jenis Boxcar Scar. Haa tau tak camne rupa boxcar tu? Boleh guna En Google. Hihi.

So aku pon pergi la Alpro Farmasi untuk carik produk ni. 


Vitamin E Oil with Rosehip Oil. Ni yang aku guna. Ada satu jenis lagi, jenis cream. 

Ni pulak details pasal produk di atas: 



• Mempunyai 30,000 I.U dengan vitamin dan mineral

• Digunakan di kulit muka dan seluruh badan untuk kulit matang dan kering akibat penuaan.
• Membantu mengurangkan tanda rekahan, mempercepatkan penyembuhan parut dan cela pada kulit


RM 46.91 + GST 6% ( RM 2.99 )
Harga Tetap Sama 


So far aku baru 2 minggu cuba. Mungkin baru lagi + parut degil, so kene tunggu dalam sebulan dua tengok macam mana. So kalau korang ade masalah parut, mungkin boleh try produk ni. Mana tahu ada perubahan kan. Boleh check link di bawah :)






Ok sekian saja. Byee

Wednesday 22 April 2015

Baru Belajar : Blog & Nuffnang

Hello Peeps.

Sebenarnya aku baru je nak belajar ber blog. Saje la tak de nak buat apa kat rumah. Tengok blog aku ni pun, sendu je.


SENDU !
Haha gitu la. Tengok blog orang kemain meriah macam2. takpela. akan ku belajar. Btw, kalau nampak iklan NUFFNANG tu, jangan la segan2 click ye. Mana tau ada rezeki lebih. Iye tak. Boleh la menampung kehidupan seharian. Ha cenggitu.


Kalau nampak ni, sila la click ye. Muah Ciked. :)

Tuesday 21 April 2015

Dilema Habis Belajar : Ijazah Tak Laku, Macam Mana Nak Kerja

Hari ni dah berbulan-bulan aku menganggur. Walaupun baru je grad, tapi terkesan jugak la tengok kawan-kawan kau ada yang dah kerja. Nak pulak hari-hari mak kau tanya :

" Bile nak kerja ni? Dah lama duduk kat rumah. Pergila carik kerja cepat "

Aku ni bukan nya taknak kerja, dah berpuluh resume hantar. Pos la, online la, karnival kerjaya la. Entah la ape la nasib. Mungkin bukan rezeki. 

Harini tengok tengok blog orang, I've found something.

" Apa kata amalkan Solat Dhuha. Insyaallah bila amalkan, dapat rasakan kelainan. Insyaallah ada rezeki nnt"

dush2. haaa kene setepek kat muka. Mungkin boleh amalkan lepas ni. Moga2 ada rezeki nak kerja cepat. Tak larat dah menternak lemak kat umah ni. 

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad