Subscribe Us

Wednesday 22 July 2015

Umrah Ramadhan 2015

Bismillahirrahmanirrahim

First of all, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat islam di dunia ini. Alhamdulillah, setelah sebulan berpuasa, kita di beri peluang untuk menyambut hari raya pula.

Bagi saya, Ramadhan tahun ini adalah Ramadhan paling bermakna dalam hidup saya. Alhamdulillah, saya diberi peluang, telah dijemput oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya. Syukur syukur syukur Alhamdulillah. Bagi saya ini lah hadiah terbaik dalam hidup saya sepanjang saya hidup di dunia ini.

Saya memilih Andalusia Travel and Tours sebagai agent untuk menunaikan ibadah umrah. Ini merupakan umrah pertama saya dan dengan reputasi Andalusia yang agak baik, saya memberi kepercayaan untuk membantu saya sepanjang ibadah umrah ini. Dieorg ada provide 3 kelas preparation untuk menunaikan umrah. Tapi dengan kesibukan urusan saya, saya hanya sempat datang satu kelas saja. Tapi satu kelas pun, masih la dapat sedikit input dan bayangan macam mana umrah nanti. Dan Andalusia juga ada bagi buku panduan ni untuk kita baca di waktu lapang. 




Akhirnya, pada tengah2 bulan Ramadhan saya dan keluarga berangkat ke Tanah Suci. Perasaan masa itu sangat teruja. Iyela selalu fikir bile la nak nak ke Mekah ni. Duit takde pun sebenarnya. But thanks to my parent and sister yang support, dapat juga saya menjejakkan kaki ke Mekah.

Sampai di Mekah dah malam waktu. Around 12 pagi. OTW nak ke Hotel, kami lalu Masjidil Haram. Subhanallah, tak tahu nak describe perasaan tu. Menitis air mata. Sayu rasa. Rasa macam tak percaya Allah izin saya menjejakkan kaki ke sini. Teruja gembira dan bermacam perasaan hadir. Esok pagi nya, saya menunaikan umrah wajib. Pertama kali melihat Kaabah, saya merasa kagum. Selalu tengok dalam TV or gambar. Harini dapat tengok sendiri depan mata. Saya menunaikan umrah wajib dan umrah pertama saya bersama kumpulan jemaah saya dan diiringi mutawwif yang mengetuai jemaah kami. Tapi sebab ramai ya ampun, terpisah juga dengan kumpulan jemaah saya. Buat la sendiri cite die. huhu. Dah la first time. Mula2 confius jugak sampai ulang buat tawaf lagi sekali sebab tak yakin. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan lancar lepas tu. Masa buat tawaf tu macam2 la nak doakan. nak mintak itu ini.  teremosi sekejap huhu. Menangis2 sambil tawaf tu. 


Gambar Kaabah diambil selepas tamat umrah. Subhanallah. Syukur Ya Allah

Selesai saja tawaf, saya terus buat Saie.  Antara Safa dan Marwah dan kt tengah2 jalan tu ada la Air Zam Zam. Sabar jela kan bulan Ramadhan kan. Haha. My friend once told me, die dulu pergi bukan bulan Ramadhan. Asyik2 berhenti rehat minum air zam zam. Tapi bulan Ramadhan ni tak dapat la minum kan.  Antara Safa dan Marwah agak jauh tapi sejuk je. So tak la rasa penat dan sebagainya. 



Antara Safa dan Marwah :) 
Selesai umrah pertama dan umrah wajib saya. Malam tu saya ke Masjidil Haram untuk merasai suasana berbuka puasa di sana. Alhamdulillah dapat makan kurma, roti dan zam zam. Kenyang je sebenarnya. Lepas je Maghrib saya pulang ke hotel untuk makan buka puasa yang berat sikit dan pergi ke Masjidil Haram semula untuk Isyak dan Tarawikh. Kalau datang lambat nak dekat2 azan tu cite die memang tak boleh masuk dalam masjid. Either sembahyang kt luar or kat bahagian atas yang open. Sebab memang ramai orang. Sometimes, lepas Asar tu dieorg dh iktikaf dekat masjid. So memang full house. Tarawikh kt sana 20 rakaat + 3 witir. First time sembahyang tarawikh di bumi Barakah. Bacaan imam subhanallah sedap sangat. Tak terasa lama. Seronok sebenarnya. 


Masjidil Haram selepas Tarawikh :)



Hari2 seterusnya, kami ada ziarah di sekitar Kota Mekah. Antara nya ke Jabal Nur, Arafah, Jabal Rahmah, Muzium dan Gua Hira'. Semestinya setiap tempat yang kami lawati mempunyai sejarah yang tersendiri.  Dan yang paling meninggalkan kesan ialah pendakian ke Gua Hira'. Hehe. Sebab tinggi sangat. Subhanaallah. Tak larat nak mendaki sebenarnya. Tapi saya kuatkan semangat. Syukur Alhamdulillah. Masa saya ke Gua Hira' tidak la terlalu ramai orang di sana. Dapat la saya solat sunat di sana tanpa perlu berebut. Syukur. 

Arafah - Jabal Rahmah. Tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah terpisah sekian lama. Semoga dipermudahkan  urusan jodoh saya. Amin :)

Disini la tempat Nabi Muhammad SAW menyendiri dan menerima wahyu dari Allah  SWT. 


Pemandangan Gua Hira' pada waktu malam. Subhanallah.


Beberapa hari di bumi Mekah, its time for us to say goodbye. Sewaktu melakukan tawaf wada', menitis air mata saya. Moga2 ini bukan lah ziarah terakhir saya. Sungguh, belum lagi balik. Tapi saya dah rasa rindu. Ikut kan hati taknak balik. Sapa yang pernah ke sini mesti tahu macam mana perasaaan nak say goodbye :(

Masjid Nabawi, Madinah Al Munawwarah
Selepas itu kami ke bumi Madinah pula. Alhamdulillah teruja rasa nya nak menziarahi Nabi Muhammad SAW. Saya teringin sangat nak ke Raudhah. Taman2 syurga. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan kami. Tidak terlalu berebut sebab group "Melayu" ialah antara group2 terakhir. :) Beberapa hari selepas tu, saya sekali lagi ke Raudhah. Selepas solat Asar. Raudhah hanya dibuka kepada kaum wanita selepas subuh, asar dan isyak kalau tak silap saya. Lepas je solat Asar, saya terus cari group Melayu ni. Hehe. Agak cepat juga saya dapat masuk Raudhah tapi ya ampun. Berebut, kene tolak, kene penyek, kene jerit dah macam ape dah. Nak sembahyang pun rasa macam tk boleh sembahyang dah. Ramai sangat org. Nasib baik la bukan first time dtg Raudhah. Kalau tak sedih la tak dapat nak solat kan.

Alhamdulillah, inilah sedikit sebanyak pengalaman saya di bumi barakah ini. Cuaca kat sana agak panas. Tapi panas2 pun, masih boleh bearable. Panas2 pun, berpusu2 umat Islam seluruh dunia nak beribadah kepada Allah. Panas2 pun, sedikit pun tidak menjejaskan niat semua untuk mencari keredhaan Allah. Iyalah, peluang yang jarang2 kita dapat. 

Di sana macam2 perangai manusia saya jumpa. Kelakar pun ada, geram pun ada. Mane tak nye, tengah solat selambe je dieorang ni tolak2 kite, lalu depan kite sampai bergerak2 la kite ni. Sabau jela kan. Kelakar pon ade sebab macam2 perangai dioerg ni. Tengah sembahyang pun boleh la susun kasut la, pujuk anak la. Haha. Kelakar. 

Alhamdulillah group jemaah umrah sangat best. Dieorang sangat sporting. We're like a family dah. Mutawwif juga  seorang yg sangat baik, sentiasa membantu kami. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua orang. May Allah bless each and everyone of you. Insyaallah.

Maka, berakhirlah sudah umrah Ramadhan dan Ziarah ke Madinah saya. Satu pengalaman yang sangat berharga. Semoga Allah menerima ibadah kami, moga Rasullullah terima kehadiran kami, moga Allah merahmati kami dan moga2 kami di jemput lagi menjadi tetamu Allah dan Rasullullah di masa akan datang.

Sekian, Assalamualaikum semua. May Allah bless all of you. :)




3 comments:

Unknown said...

salam, masa pergi umrah bulan ramadhan dengan andalusia, stay hotel mana di mekah?

Ungu_Violet said...

salam en suhaizad. saya stay di Malak Agiyad di Makkah and Mubarak Silver di madinah.

Diari Chef Madani said...

Menarik.... jemput ke blog saya 🤗

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad