Subscribe Us

Saturday 7 January 2017

UKJK PAC PTD M41

Salam Semua.

Memandangkan ada yang bakal menghadapi PAC PTD M41, sedikit la nak cerita berdasarkan pengalaman saya yang lepas PAC tapi tak lepas Interview. Hihi.

Ni bukan tips, ni nak cerita je macam mana UKJK tu at least nanti ada gambaran sikit macam mana. Ye tak? Mungkin aktiviti nya masih sama macam tahun lepas.

Masa pagi pagi datang tu, kena beratur ambik nombor ye. Nombor ni la yang akan dipakai sepanjang PAC nanti. Bukan hanya untuk UKJK, malah esok nya tu pun pakai nombor.  So beratur ambik nombor. Katakan 1.Ali, 2.Abu, 3.Shukri, 4.Aishah, 5. Ayu, 6.Mamat smpai la 10. Ahmad. Mungkin 1-10 ni akan jadi 1 group dan akan buat aktiviti UKJK bersama sama. Jadi sila la tempatkan diri anda dalam kalangan yang sesuai. Jangan awak sorang je perempuan yang lain lelaki. Sebabnya takut terkejar nanti nak buat beep test. :p *Please note, peserta memakai No 1 - 20 ialah group 1 untuk aktiviti UKJK sahaja. Untuk aktiviti seterusnya tak ingat dah macam mana bagi group. Tapi nombor still kena gantung kat leher ye. Dah mcm IC la nombor tu.

Lepas je register dapat nombor, ada buat stretching dulu rase kemudian check BMI. BMI lulus boleh buat UKJK. BMI tak lulus? Boleh tarik beg ala ala akademi fantasia :p

So lepas lulus BMI, bermula la ujian UKJK. Masa ni dah diberikan group. Sape no 1 - 20 jadi group no 1 dan seterusnya. Group 1 buat aktiviti lain, Group 2 buat aktiviti lain dan seterusnya lah.

Basically UKJK ni ada 4 aktiviti :

1. Beep test
2. Curl Up
3. Hand Grip
4. Jangkauan Melunjur


1. BEEP TEST

Apa beep test ni? Beep Test ni ialah Lari ulang alik 20m tak silap diiringin dengan bunyi BEEP. Kena sampai garisan sebelum bunyi BEEP. 1 level mungkin ulang alik 6-7 kali. Tak ingat dah. Nanti setiap seorang akan ada pegawai yang jaga. Pegawai akan check kita sempat tak sampai garisan sebelum bunyi beep. Kalau tak sempat dia akan bagi amaran. Amaran lebih 3 kali kalau tak silap kena la berhenti dari berlari lari tu.

contoh beep test
Kalau nak lagi faham, boleh tengok youtube. Ada banyak. Boleh la start praktis download apps beep test. Kene oo praktis kalau tak mesti blur nanti walaupun berlari je. Hihi


2. Curl Up 

Curl up ni pulak ape? Curl up atau ujian ringkuk tubi separa. Entah ape benda nye tah. Kalau bangkit tubi tu tau la kan. Itu pun buat time zaman sekolah je. Masuk uni pun ada kot. Tak ingat lah. Rupa nya ada aktiviti curl up. Baru tau. Hihi.


Contoh Curl Up

Masa nak buat curl up ni, setiap seorang akan ada pegawai yang jaga. Pegawai akan tolong kira berapa banyak kita boleh buat. Kalau tak silap, dalam masa 1 minit. Posisi sama macam dalam gambar. Tangan letak dekat sisi bukan dekat dada. Dan tangan mesti kene cecah garisan masa bangun tu. Yang ni memang kena praktis sebab ada je orang yang tak dapat bangun langsung. :( I did read somewhere, masa nak bangun tu tarik nafas. Betul ke? Tak tahula bukan atlet. 


3. Hand Grip

Aktiviti seterusnya ialah handgrip. Tujuan nya apa? Untuk kekuatan tangan kot. Sebelum buat aktiviti hand grip ni, akan ada pegawai explain cara nak pegang macam mana sebab takut ketat sangat ke. Bahagian pegang tu boleh adjust. And pegawai akan bagi kite pegang dulu praktis la kan. Hiihi

contoh hand grip

4. Jangkauan Melunjur

Last but not least, jangkauan melunjur. Rasa nya semua pun tahu aktiviti ni macam mana. Jauh mana awak boleh melunjurkan badan awak tu. Hihi. Tarik nafas dan terus tolak benda tu. Insyaallah boleh pergi jauh. 

Ok tamat la sudah cerita UKJK. Again, this is not a tips. Cume cerita sahaja overview UKJK tu macam mana. Praktis insyaallah lepas UKJK. Lepas UKJK, rehat for lunch and solat lepas tu berkumpul. Time ni pegawai akan bagitau result UKJK. Nombor yang dipanggil kedepan adalah nombor yang tidak berjaya UKJK. Bersyukur la sekiranya anda berjaya, dan haruslah menghadapi ujian yang seterusnya.

All the best candidates !








No comments:

Eid

Happy Eid Everyone. It's been a while since I posted in this blog. Wishing everyone eid mubarak.

Popular Posts

Advertisement

Main Ad